Cinta itu buta
Apakah ia kata nama?
Atau adakah ia kata kerja?
Guru kata
Cinta itu kata nama
Pabila diimbuh,ia menjadi kata kerja.
Kata orang,
Cinta itu perasaan.
Ada pula yang kata
Cinta itu permainan.
Ada juga yang kata
Cinta itu hanya suatu fantasi.
Benarkah mereka?
Tahukah kita bagaimana perasaan cinta?
Adakah ia hanya suatu imaginasi?
Sukar bagiku mencari jawapannya kerana
hingga kini aku masih terus mencarinya.
Aku masih tidak tahu.
Apa sebenarnya itu cinta?
Yang aku tahu,Cinta itu buta kerana
Si hodoh punyai pasangan jelita,
Si bodoh binasa kerana santapan manusia berbisa,
Si hina harus menderita kerana mahu meminta-minta.
Aku juga tahu,
Cinta itu pedih kerana
ada orang sanggup mati untuknya dan
cinta itu juga pandai kerana
manusia menipu,tertipu dan ditipu olehnya.
Aku juga sedar
Hanya cinta kudus tidak berdusta.
Oh, Cinta..